Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah
S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua
mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah
S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an."
Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Belajarlah
kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang
kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu
orang sangat memerlukannya."
Ia
akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah kamu
kepadaku?"
Maka orang yang pernah membaca akan menjawab
: "Siapakah kamu?"
Maka
berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga
telah bangun
malam untukku dan kamu juga pernah membacaku
di waktu siang hari."
Kemudian berkata orang yang pernah membaca
Al-Qur'an itu : "Adakah kamu Al-Qur'an?"
Lalu Al-Qur'an mengakui dan menuntun orang
yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T.
Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan
kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan
mahkota di atas kepalanya.
Pada
kedua ayanh dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat
ditukar
dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga
keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi
ini semua, pada hal amal kami tidak sampai
ini?"
Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua
kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an."